PALANG MERAH & BULAN SABIT

 


PALANG MERAH & BULAN SABIT

Ketika Covid-19 melanda dunia, kita semua berdoa agar dilindungi dan memohon supaya musibah ini berlalu deras. Apabila terjadinya pandemik satu wabak yang asing, kita pasrah kepada tanggungjawab para pakar perubatan untuk menolong menyelamatkan kita.
Di kala kita dihalang untuk bersosial dan diperintah hanya duduk di rumah, pasukan perubatan inilah yang menjadi benteng barisan hadapan untuk mendepani ancaman yang melanda dengan memberikan panduan kepada masyarakat, mencegah penularan, merawat dan mengubati pesakit. Mereka ini diwakili oleh simbol-simbol kesihatan. 

Palang Merah dan Bulan Sabit Merah juga merupakan gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia.

Pandemik ini berlaku begitu pantas dan melangkahi bulan Ramadan, bulan suci bagi umat Islam yang ditandai dengan kemunculan anak bulan sehinggalah tibanya bulan Syawal. 
Bulan yang penuh keberkatan ini telah membuka ruang untuk kita melihat ke dalam diri 
dan merenung perkara-perkara yang terjadi dengan rasa keinsafan.
Karya-karya yang menggunakan warna asas, secara provokatif cuba hadir seperti sebuah papan tanda, terpampang untuk mengingatkan kita bahawa di sepanjang perjalanan masa terdapat simbol-simbol yang sentiasa ada di kiri kanan jalan untuk membantu, mendidik 
dan menyelamatkan kita.
 
Bayu Utomo Radjikin 





________





Cluster # 8

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 7

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 3

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 4

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 1

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 2

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 5

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2020


Cluster # 6

Acrylic on canvas
60 cm x 50 cm
2022


Obstacle

Acrylic on canvas (Diptych)
60 cm x 104.5 cm
2022


Obstacle II

Acrylic on canvas (Diptych)
60 cm x 104.5 cm
2022


Obstacle III

Acrylic on canvas (Diptych)
60 cm x 104.5 cm
2022


Combat II

Acrylic on canvas (Diptych)
104.5 cm x 60 cm
2022


The Edge II

Acrylic on canvas (Quadriptych)
123.5 cm x 104.5 cm
2022



The Edge II

Acrylic on canvas (Quadriptych)
123.5 cm x 104.5 cm
2022